Kegunaan Pokok saga daun tumpul

Biji saga

E. J. H. Corner menyatakan bahawa di India, biji benihnya telah digunakan selama wujudnya rekod sejarah sebagai unit berat menimbang logam berharga seperti emas[3] tercermin pada nama iaitu biji saga (meminjam Bahasa Arab: صَاغَة ṣāghah "tukang emas"[4]), ia juga merupakan nama kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga. Biji ini turut diberi nama kundi (Jawi: ‏کوندي‎‎) yang merupakan asal nama kepada unit timbangan kenderi.[5][6]

Biji benihnya yang cantik digunakan sebagai manik rantai, ia juga boleh dimakan selepas dimasak untuk membuang toksin racunnya.[7]

Bahagian lain

Pokok ini berguna mengikat nitrogen untuk menambahkan kesuburan tanah, ia juga sering dituai menjadi makanan ternakan, tumbuhan perubatan, dan tanaman hiasan taman dan pokok di bandar. Pucuknya boleh dimasak dan dimakan. Kayunya yang amat keras digunakan bagi menghasilkan bot, perabut dan kayu api.

Pokok ini digunakan bagi menghasilkan sabun,[8] dan pewarna merah boleh dihasilkan dari pokoknya.

Rujukan

WikiPedia: Pokok saga daun tumpul http://www.giftpflanzen.com/adenanthera_pavonia.ht... http://arabiclexicon.hawramani.com/%D8%B5%D9%88%D8... http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/duke/ethno-actlist... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15265320 http://plants.usda.gov/java/profile?symbol=ADPA http://libproject.hkbu.edu.hk/was40/detail?lang=en... http://eseminar.dbp.gov.my/DB42020/mobile/index.ht... http://info.frim.gov.my/cfdocs/infocenter/eFenolog... //doi.org/10.1163%2F1568560041352310 http://www.ildis.org/LegumeWeb?version~10.01&Legum...